Tuesday 10 May 2011

Berbuat Baik Kepada Ibu Bapa

Maksud drp Al-Quranul Karim : Surah Al-Israa' :

Ayat 23 : Dan Tuhanmu tlh perintahkan, spy engkau tidak menyembah melainkan kpdNya semata2, dan hdklah engkau berbuat baik kpd ibu bapa. Jika salah seorg dr keduanya, atau kedua2nya sekali, sampai kpd umur tua dlm jagaan dan peliharaanmu, maka jgnlah engkau berkata kpd mrk (sebrg perkataan kasar) sekalipun perkataan "ha", dan jgnlah engkau menengking menyergah mrk, ttp katakanlah kpd mrk perkataan yg mulia (bersopan santun).

Ayat 24 : Dan hdklah engkau merendah diri kpd keduanya krn belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (utk mrk, dgn berkata) : 'Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat ke atas mrk berdua sebgmn mrk tlh mencurahkan kasih sayang mrk memelihara dan mendidikku semasa kecil."(622)

Ayat 25 : Tuhan kamu lbh mengetahui akan apa yg ada pd hati kamu; kalaulah kamu org2 yg bertujuan baikmematuhi perintahNya, maka sesungguhnya Ia adalah Maha Pengampun bg org2 yg bertaubat.(623)

(622) Allah Ta'ala perintahkan spy beribadat kpdNya semata2, dan dperintahkan spy msg2 berbuat baik kpd ibu bapa, taat kpd kedua2nya, menghormatinya, memeliharanya semasa tua dgn sebaik2nya, dan mendoakan semoga Allah memberi rahmat kpd mrk krn mrklah yg tlh bersusah payah memeliahara dan memdidik kita semasa kecil.

Kesimpulannya : Hak ibu bapa terhdp anak2nya amatlah besar, sebgmn yg dterangkan d dlm al-Q dan hadith2 Nabi saw. Bkn shj wajib dbalas dgn berbuat baik kpd mrk semasa mrk hidup, bahkan juga semasa mrk kembali ke rahmatullah, dgn berdoa dan meminta ampun bagi mrk, menunaikan amanat atau pesan mrk, dan menghbgkan silaturrahim serta berbuat baik kpd kaum kerabat dan sahabat handai mrk.

(623) Ya'ni kalau kamu org2 yg baik, yg mematuhi perintah Allah mengenai ibu bapa kamu, lalu kamu terlanjur melakukan sesuatu yg kasar terhdp ibu bapa kamu, kemudian kamu menyesal dan bertaubat, maka Allah Maha Pengampun bg org2 yg bertaubat.



Maksud drp Al-Quranul Karim : Surah Al-Ahqaaf :

Ayat 15 : Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kpd kedua ibu bapanya (1637), ibunya tlh mengandungnya dgn menanggung susah payah dan tlh melahirkannya dgn menanggung susah payah. Sdg tempoh mengandungnya beserta dgn tempoh menceraikan susunya ialah dlm masa tiga puluh bulan. Setlh ia besar sampai ke peringkat dewasa yg sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur 40 thn, berdoalah ia dgn berkata : "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku spy tetap bersyukur akan nikmatMu yg Engkau kurniakan kpdku dan kpd ibu bapaku, dan spy aku tetap mengerjakan amal soleh yg Engkau redhai; dan jadikanlah sifat2 kebaikan meresap masuk ke dlm jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kpdMu, dan sesungguhnya aku drp org2 Islam (yg tunduk patuh kpdMu)".

Ayat 16 : Mrk (yg bersifat dgn sifat2 yg terpuji spt itu) ialah org2 yg Kami terima dr mrk amal mrk yg baik yg mrk tlh kerjakan, dan Kami ampunkan kesalahan2 mrk ; (mrk akan dmasukkan) dlm kumpulan ahli syurga, sebgmn memenuhi janji yg benar, yg tlh djanjikan kpd mrk.

Ayat 17 : Dan (sebaliknya amatlah derhakanya; org yg berkata kpd kedua ibu bapanya ketika mrk mengajaknya beriman) :"Ah! Bosan perasaanku terhdp kamu berdua! Pttkah kamu menjanjikan kpdku bhw aku akan dbangkitkan keluar dr kubur, padahal berbagai umat sblmku tlh berlalu (tidak balik2 lagi)?" Sambil mendgr kata2nya itu - ibu bapanya merayu memohon pertolongan Allah (menyelamatkan anak mrk) serta berkata (kpd anaknya yg ingkar itu) : "Selamatkanlah dirimu! Berimanlah (ttg hidup semula menerima balasan amal)! Sesungguhnya janji Allah tetap benar". Lalu ia menjwb (dgn angkuhnya) : "Semuanya itu hanyalah cerita2 dongeng org2 dahulu kala!".

Ayat 18 : Mrk (yg ingkar derhaka spt itu) ialah org2 yg tetap menerima hukuman (azab) bersama2 dgn umat2 yg terdahulu drp mrk - dr kalangan jin dan manusia; krn sesungguhnya mrk tlh menyebabkan diri mrk menjadi org2 yg rugi.

Ayat 19 : Dan bg mrk msg2 (dr puak jin dan manusia - yg berbuat baik dan yg berbuat jahat) dsediakn berbagai peringkat (balasan) yg sesuai dgn apa yg tlh mrk kerjakan, dan (ketetapan yg demikian ialah) spy Allah menyempurnakan bg mrk balasan amal2 mrk, sdg mrk tidak drugikan (sedikitpun).

(1637) Mulai ayat ini (ayat 15) hingga ayat 19, dterangkan kewajipan anak berbuat baik kpd ibubapa serta taat menerima ajaran2 baik yg dberi oleh mrk spy mendpt balasan yg baik. Kalau tidak, buruk padahnya.

Hari Ibu Adalah Haram?

HARI IBU ADALAH "HARAM" ya Allah baru tahu...SEBARKAN..

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka.

Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayak...an pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan. Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia. Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika.

Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

Sumber : http://www.mothersdaycentral.com/about-mothersday/history/ See More
By: Rubiatul Adawiyah Nazri

Tuesday 5 April 2011

Tazkirah 2 : Binalah Iman dan Taqwa

"Sesungguhnya org yg plg mulia d antara kamu d sisi Allah ialah org yg plg bertaqwa..." (QS Al-Hujurat : 13)

Anak2ku yg dkasihi dgn kasih Illahi,

Sentiasa ibu doakan agar kalian beroleh kesejahteraan, rahmat dan keridhaan Allah. D puncak ketulusan doa ibu, wajah kalian jelas tergambar d hati ibu. Begitulah ibu mengasihi kalian dgn doa dan restu meskipun kita berjauhan. Ketahuilah anak2ku, org plg ibu kasihi ialah dia yg sentiasa ddoakan dan dlihat dgn mata hati. Jarak kediaman yg jauh antara kita tidak spttnya menghalang keakraban hubungan hati dan talian kasih. Dlm keadaan begini ibu lbh merasai diri kalian adalah anugerah Allah yg plg berharga dan dhrpkan dpt membahagiakan hidup ibu d dunia dan d akhirat.

Anak gadisku,

Tanpa kita sedari masa terlalu cepat berlalu. Dirimu yg suatu ketika dulu masih kecil, comel, dan manja dlm pelukan ibu kini tlh menjadi gadis remaja yg mulai belajar erti hidup. Zaman yg kamu alami kini adalah zmn remaja yg penuh pancaroba, dugaan dan cabaran. Cabaran yg sering mengganggu iman dan hati. Juga mencabar perasaan dan nafsu serta kewibawaan tugas peribadimu. Ketika inilah dikau ingin merasai semua kesenangan dan kenikmatan hidup. Dirimu juga ingin menjadi manusia yg dpuja dan dminati.

Org Yg Beruntung

Anakku,

Sedarilah hakikat hidup spt yg dmaksudkan dlm surah Al-Asr, "Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar2 d dlm kerugian, kecuali org2 yg beriman dan mengerjakan amal soleh. Dan nasihat-menasihati spy mentaati kebenaran, dan nasihat-menasihati spy menetapi kesabaran."

Hanyalah keimanan yg dpt memancarkan ke dlm hati, benih2 kebahagiaan yg drindui setiap diri. Dgn iman akan tercipta ketenangan, ketenteraman dan kepuasan zahir dan batin. Malahan hakikat kejadian dan penciptaan insan utk menerima tanggungjwb dgn dsertai nikmat yg mesti dsyukuri. Dgn iman juga setiap diri terdorong melakukan amal soleh yg dperintahkan dlm Islam. Hanya diri yg beriman dan beramal soleh mampu mengajak insan lain melaksanakan sebrg btk kebaikan.

Justeru itu anakku,

Kawallah dirimu dgn iman dan perindahkanlah akhlakmu dgn taqwa. Tanpa kawalan iman nescaya runtuhlah segala kekuatan dan hancurlah segala kebaikan. Hati2lah dlm berfikir dan bertindak. Batasi segala keinginan dgn rasa takut kpd Allah swt. Itulah dia taqwa yg menjurus diri dlm ketaatan dan kepatuhan. Ingatlah setiap org sentiasa dcatatkan semua amal perbuatannya. Walau sebesar biji sawi sekalipun, semuanya dlm pengetahuan Allah.

Hati Sihat Iman Subur

Anakku,

Ketahuilah, hati adalah tempat utk membina dan menyuburkan iman dan taqwa. Berilah perhatian yg lbh kpd kesihatan hatimu. Usah dbiarkan hatimu dhinggapi penyakit sehingga hati mati sdgkan jasad masih bernyawa. Ini bertepatan dgn maksud sabda Rasulullah saw : "D dlm diri seseorg ada seketul daging. Apabila ia baik baiklah diri itu keseluruhannya. Itulah dia qalbu (hati)."


Perhatikanlah peringatan seorg ulama bernama Ibrahim bin Adham yg menghuraikan sbb2 hati menjadi mati serta doa tidak dterima Allah swt :

* Anda tlh mengerti haq Allah, ttp anda enggan memenuhi apa yg menjadi haqNya.

* Anda membaca Al-Quran ttp anda enggan melaksanakan tuntutan serta melanggar segala batasan yg dhadkan.

* Anda khuatir akan nasib anda slps kematian, ttp anda tidak berusaha mencari bekalan persiapan menghadapinya.

* Anda mengatakan bhw anda mencintai Rasulullah, ttp tidak suka mengamalkan sunnah baginda.

* Anda tlh memahami bhw syaitan itu sbnrnya musuh manusia dan mesti dtentang habis2an ttp anda turuti lagi bisikan serta hasutannya.

* Dgn kealpaan maupun kesedaran anda masih senang melakukan keingkaran dan maksiat.

* Anda katakan anda takut dgn seksa neraka, tanpa dsedari anda menjerumuskan diri ke jln yg mendorong ke arah seksaan neraka.

* Anda katakan anda tlh beribadah dgn sebaik2nya utk utk mendpt keredhaan Allah serta balasan syurga, namun bgn shj drp tidur anda terus mendedahkan keaiban org lain. Dgn demikian Allah mencampakkan segala kebaikan anda. Maka segeralah anda membuat semakan agar tidak terlps dr rahmat Allah swt.

-Bersambung

(Petikan drp buku Tazkirah Untuk Remaja : Anak-anakku Bangunlah oleh Noraini Eslah (Ummu Anas), terbitan Tinta Image, 2008, ms 14-16)


Iman Subur Akhlak Mulia

Anak gadisku yg terdidik dgn iman dan taqwa,

Ibu berhrp dkau mengerti betapa besarnya peranan iman dan taqwa pd diri dan akhlakmu. Sedarilah dirimu umpama mahaguru pd alam; sentiasa akan dperhati dan dcontohi. Usah lupa utk memberi perhatian terhdp perkembangan akhlakmu spy semakin meningkat seiring peningkatan usia.

Ingatlah setiap adap sopan yg pernah ibu ajarkan sedari kecil yg ibu petik dr kitab "Induk Persucian Diri" karangan Said Hawwa ;

*Layani kawan mahupun lawan sama adil. Usah terlalu merendah atau meninggi diri. Keterlaluan dlm salah satu sikap akan membawa kecelakaan.

*Jgn terlalu byk mengelamun atau memerhati org semasa d khalayak ramai. Semasa duduk hdklah tertib. Tidak kelihatan gelisah dgn byk mengusap pipi, dagu dan memainkan jari atau cincin d jari.

*Jgn mengorek gigi atau hidung. Byk meludah atau menghembus hingus. Dan jgn menghalau lalat dr muka atau selalu menggeliat badan dan menguap sepjg dlm majlis atau sembahyang.

*Dengarilah percakapan org lain dgn tenang tanpa menunjukkan ketakjuban yg berlebihan. Seandainya percakapan org lain melucukan hati, jgn dketawakan.

*Usah memuji2 kelebihan diri serta kelebihan ahli keluarga.

*Jgn berlebih2an dlm menghias diri, memadai dgn kemas dan bersih. Elakkan drp kelihatan mewah dan bermegah2.

*Rahsiakan harta dan wang simpanan spy tidak menimbulkan keinginan org lain yg rapat dgnmu.

*Jika berselisih fhm dgn org lain, hdklah segera bertenang. Hindari sikap keras hati dan jgn terlalu mengikut nafsu. Elakkan berckp sewaktu d puncak kemarahan.

*Sentiasalah bersopan santun kpd org yg lbh tua. Gunakan perkataan yg sedap ddgr, usah terlalu menunjuk2 kebolehan.

*Awas dan waspada dlm bergaul dgn kawan2 yg hy rapat sewaktu kita dlm kesenangan, krn ia adalah musuh yg plg kuat.

*Sewaktu dlm perbualan d khalayak ramai, elakkan terlalu mencungkil hal org lain. Krgkan terlalu berjenaka, krn ia akan menimbulkan aib serta menjatuhkan nilai diri serta mertabat.


Berhati2 Menjaga Iman

Anak gadisku yg ibu hrpkan menjadi muslimah sejati!

Segala persoalan hidup d dunia ini mesti berasas dan berpaksikan iman. Hakikat iman menurut ulama Ahlul Sunnah wal Jamaah ialah mengikrarkan dgn lisan, membenarkan dlm hati dan mengerjakan dgn anggota badan. Ketiga2 hal inilah yg melengkapkan pengertian iman. Kesemuanya saling berkaitan, tidak blh terpisah. Kecacatan salah satunya akan mencacatkan iman. Dgn kata lain, iman adalah keyakinan dan amal serta ucapan dan perbuatan. Adakalanya meningkat dan adakalanya menurun, bertepatan dgn maksud hadis; " Iman itu bisa bertambah atau berkrg, maka perbaharuilah imanmu dgn kalimah Laa ilaaha illallaah."

Manakala hati sbg tempat bersemayamnya iman berbtk tidak tetap dan berbolak balik. Hati d dlm bhs Arab dsebut qalbu yg berasal dr perkataan qolaba bermaksud terbolak balik. Oleh itu Rasulullah saw tlh mengajarkan spy berdoa; "Ya Allah, wahai zat yg Maha Membolak balikkan, tetapkanlah hatiku d dlm deenMu dan d dlm ketaatan kpdMu."

Memandangkan keadaan dan sifat iman yg demikian, kita tidak blh berpuas hati dgn keadaaan iman kita pd satu2 masa tertentu. Mesti ada dua perasaan, hrp dan cemas. Hrp akan Allah menetapkan kita dlm keimanan yg tinggi sehingga kita dpanggil kembali ke sisiNya. Cemas agar kita tidak dmatikan dlm keadaan iman yg lemah. Dr dua perasaan ini akan timbul rasa pergantungan diri dan jiwa kpd kekuasaan dan perhatian Allah Rabbul'alamin.

Seterusnya anakku yg dkasihi krn Allah,

Iman adalah sumber tenaga yg menberi kita kekuatan utk bergerak membawa kebaikan, kebenaran dan keindahan kpd insan sejagat. Juga bergerak mencegah kejahatan, kebatilan maupun kerosakan d permukaan bumi. Iman juga sifatnya menyuluh hati dan jiwa melaksanakan ketaatan kpd Allah dlm sembunyi maupun terang2an. Inilah asal mulanya wujud taqwa.

Iman mengubah watak individu menjadi baik dan kebaikan seluruhnya menjalar dlm kehidupan bermasyarakat. Yg kaya menjadi dermawan, yg miskin mampu bersabar, yg berkuasa menjadi adil serta yg alim bertambah taqwa. Manakala yg kuat menjadi penyayang, yg pintar merendah diri, hinggalah yg bodoh menjadi pembelajar. Begitulah kuatnya kesan iman dlm kedidupan.

Sejarah Islam sepjg 15 abad tlh mencatitkan kaum muslimin meraih kemenangan dlm berbagai peperangan. Pendokong deen Islam mampu membawa kemakmuran dan keadilan serta mengembangkan berbagai macam ilmu pengetahuan. Semua ini berlaku selama mana iman tlh mewarnai seluruh hidup dan pergaulan. Namun apabila iman hanya menjadi ucapan lisan dan tidak lagi menguasai jiwa dan fikiran, kekuatan tersebut lenyap sedikit demi seikit...

"Saat kejayaan adalah saat iman, dan saat keruntuhan adalah saat hilangnya iman. Sebagaimana iman menciptakan keajaiban dlm jiwa, spt itu juga iman menulis cerita keajaiban d alam nyata. Gelora dlm jiwapun menjelma menjadi prestasi sejarah." (Abul Hasan Ali An-Nadwi).

-bersambung

(Petikan dr buku Tazkirah Untuk remaja : Anak-anakku Bangunlah, karangan Noraini Eslah (Ummu Anas), terbitan Tinta Image, 2008, ms 16-19.)


Generasi Misali Buah Taqwa

Anakku

Kamu tentu masih ingat cerita seorg gadis anak pemerah susu d zmn Khalifah Umar Al Khattab...Dsbbkan iman dqn taqwa yg tinggi, gadia tersbt menolak cadangan ibunya spy mencampurkan air ke dlm susu yg ingin djual. Meskipun gadis itu tidak menyedari Khalifah Umar sdg menyamar diri dan bersembunyi mendgr perbualannya, dia yg memiliki ketaqwaan yg tinggi tetap berlaku jujur.

Ibunya terus mendesak, "Campurkan sikit saja air, spy kita blh menambah bilangan botol yg berisi susu utk djual." "Tak blh begitu ibu, kan Khalifah Umar tlh melarang menipu dgn mencampurkan air ke dlm susu yg djual," tegas bunyi bantahan si gadis. "Bknkah Khalifah Umar tidak tahu atau tidak nampak apa yg kita lakukan," si ibu terus mendesak dan berkeras. "Walaupun Khalifah Umar tidak melihatnya, tp Allah Maha Mengetahui dan Melihat! Tidak takutkah ibu pd hukuman Allah", begitu yakin si gadis dgn pendiriannya.

Khalifah Umar al Khattab kagum dgn perbualan tersbt. Beliau lantas pulang dan menawarkan kpd putera2nya utk mengambil gadis anak pemerah susu itu sbg isteri. Khalifah Umar yakin gadis itu akan menjadi isteri solehah d atas keimanan dan taqwa yg tinggi. Salah seorg puteranya yg blm berkahwin setuju dgn cadangan itu. Mmg benar, gadis itu tlh menjadi isteri yg baik dan darinya lahir keturunan yg baik. Yg dr anak perempuanya pula lahir seorg putera yg juga menjadi khalifah terkenal iaitu Khalifah Umar Abdul Aziz. Begitulah antara kesan iman dan taqwa yg besar perananya dlm pembangunan hidup insan.


Taqwa Menyuluh Jalan

Anak gadisku yg dkasihi krn Allah

Kamulah serikandi harapan ibunda! Bakal membawa generasi seangkatan kembali menyusuri jln kebenaran. Kekuatan iman dan taqwa yg tinggi serta keikhlasan yg tulin akan memampukan kamu memberi pemahaman nilai Islam secara tepat, lengkap lagi bersih drp sbrg pengaruh nafsu. Hindarilah dr mencampuradukkan akhlak mulia dgn hal2 tidak bermoral. Perlihatkanlah kpd insan lain, bhw seluruh kehidupan insan akan terhindar drp sikap ego dan jahil terhdp hak serta kehormatan setiap individu. Anjurkanlah kesepakatan serta saling bantu membantu dlm kehidupan bermasyarakat. Jauhi perlakuan tidak adil walaupun terhdp golongan lemah, berilah pertolongan tanpa dminta.

Ketahuilah anakku,

Setiap yg bertaqwa dgn keimanan yg tinggi pasti akan memiliki pendirian yg teguh. Org yg lemah keimanannya, kabur dlm menentukan matlamat hidupnya. Adakalanya terdorong ke kanan, sesekali pula terperesok ke kiri. Dlm jiwanya sentiasa timbul pertentangan dlm membuat pilihan antara kesesuaian utk diri dan pilihan ramai. Mari kita teliti cerita berikut...;

Seorg tua, anak lelakinya dan seekor keldai sdg berjln. Org tua itu lantas menaiki keldai, sdg anaknya berjln kaki d belakangnya. Apabila melintasi kelompok wanita, org tua itu dcaci krn dianggap tidak kasihan kpd anaknya. Lalu dtukar anaknya pula menaiki keldai, sdg si bapa berjln mengiringi keldai. Bilamana melintasi kelompok kaum lelaki, anak itu pula yg dcela krn tidak tahu menghormati org tua. Kemudian kedua2 org tua dan si anak sama mengenderai keldai. Lalu org2 yg kasihan kpd binatang sama2 pula mencela kedua2nya. Akhirnya si anak mencadangkan kpd bapanya spy ddokong saja keldai itu, nanti tidaklah lagi dcela org ramai. Org tua itu tidak setuju, lantas menjwb; "Kalau kita dokong keldai ini, kita nanti terlalu letih malahan org ramai akan menuduh kita boidoh dan gila! Tidak ada jln yg dpt kita buat utk memuaskan hati semua org."

Fahamilah anak2ku

Org yg beriman dan bertaqwa akan dpt membebaskan diri dr belenggu keresahan. Dia tidak runsing samada org ranai menyenangi ataupun tidak setiap tindakannya. Yg menjadi tumpuan adalah utk mendpt keredhaan Allah. Bknkah berbeza antara org yg ada pendirian teguh dgn org yg tidak pasti hala tuju? Bagi org yg beriman dlm perjalanan mencapai tujuan hidupnya, tidak ada yg sukar. Segala yg pahit dan getir menjadi manis. Pengorbanan drasai ringan. Malahan apa2 juga cabaran dhadapi dgn tenang. Tiada rasa takut maupun cemas.

Anakku

Tepatilah ciri2 org muttaqin iaitu org yg mempunyai rasa takut dan malu kpd Allah swt dlm keadaan sembunyi atau terang2an. Bahkan mrk lbh takut kpd Allah tatkala dlm sembunyi. Malu terhdp Allah mengatasi malu kpd manusia. Dlm keadaan tiada dketahui sesiapa pun, mrk malu utk berbuat maksiat.

Jika mrk berbuat kesilapan krn lupa atau jahil, jiwa mrk menjadi gelisah mendesak fizikal bangun memohon keampunan. Keadaan ini dterangkan Allah dlm surah Al Anfal ayat 29 yg bermaksud; " Hai org2 yg beriman jika kamu bertaqwa kpd Allah nesnaya Dia akan memberikan kamu furqan (petunjuk yg dpt membezakan antara yg haq dan yg batil) dan menghapuskan segala kesalahanmu dan mengampuni dosa2mu. Dan Allah mempunyai kurnia yg besar."

Fikirkanlah dgn teliti, sekiranya manusia menepati sifat taqwa, tidak mungkin wujud dlm peribadinya akhlak buruk. Sudah tentu yg terserlah ialah akhlak mulia - 'husnul huluk'.

Akhlak Mulia

*Hati yg bersih dr sebrg kedengkian, berdendam dan irihti terhdp keberhasilan org lain.

*Lidah berkata jujur dan terpelihara drp mencela dan mengumpat.

*Mata djauhkan drp memandang yg dlarang oleh syara'.

*Perut tidak diisi dgn makanan yg haram atau dr sumber yg haram.

*Tgn terpelihara drp mengambil yg bkn haq sendiri.

*Kaki tidak menuju atau memijak tempat larangan.

*Amalan dlakukan bkn utk mencari sanjungan org lain. Segala yg dlakukan semata2 krn patuh kpd Allah.

Akhirnya ibu hrpkan agar dkau sentiasa merasakan Allah mengawasimu. Dia menguasai segala2nya dan memiliki segala isi langit dan bumi. Yakinlah akan kekuasaanNya, semoga kita sentiasa drahmati Allah swt.

Mari sama2 kita panjatkan doa;

"Ya ALlah sesungguhnya kami ini makhluk ciptaanMu. Bukakanlah pintu utk mentaatiMu. Dan tutuplah hari ini dgn ampunan serta keredhaanMu. Kurniakanlah kami kebaikan dan terimalah kebaikan dr kami. Bersihkan dan gandakanlah kebaikan itu utk kami. Ampunilah segala perbuatan buruk kami. Engkau saja yg Maha Pengampun, Maha Penyayang lagi Maha Pemurah."

Amin.


Ibnu Abbas r.a. pernah dtanya ttg siapakah org yg takut kpd Allah. Beliau menjwb :

"Mrk ialah org yg gembira hatinya dgn rasa takut. Mata mrk sentiasa basah berlinangan. Mrk berkata : Bgmn kita blh bersukaria sdgkan maut d blkg kita dan kubur d hadapan kita. Qiamat menjadi perjanjian pertemuan kita. Tidak lama lagi kita akan diadili Tuhan kita."


(Petikan drp buku Tazkirah Untuk Remaja : Anak-anakku Bangunlah oleh Noraini Eslah (Ummu Anas), terbitan Tinta Image, 2008, ms19-24.)

Friday 7 January 2011

Hai anak,

Fokuslah dalam segenap apa yang kau buat, tetapi yang lebih utamanya adalah dalam menekuni pelajaranmu, kerana pelajaran itu penting buat dirimu dalam mengharungi hidupmu di hari ini dan di kemudian nanti. Hindarilah fokusmu dari terlari ke arah lain. Elakkan perkara-perkara yang kau tahu boleh mengalih tumpuanmu terhadap pelajaranmu.

Ingatlah anakku, banyaknya perkara-perkara yang mahu meraih fokusmu dari perkara-perkara yang bermunafaat kepada perkara-perkara yang tidak bermunafaat. Fikiranmu pun ingin lari dari perkara-perkara yang seperti membebankan kepada perkara-perkara yang seperti meringankan. Kawan-kawan pun ramai yang mengajak kepada keseronokan dengan meninggalkan perkara-perkara yang sepertinya tidak seronok yang sepatutnya menjadi tanggungjawabmu.

Keseronokan duniawi hanyalah perkara yang bersifat sementara anakku. Engkau pun tahu keseronokan itu akan habis apabila telah selesai engkau berseronok dengannya. Selepas itu engkau akan mencari keseronokan yang baru. Jika engkau tidak berhenti anakku, jadilah engkau pengejar kepada keseronokan selepas keseronokan dan masa engkau akan habis kerananya.

Tidakkah sia-sia umurmu jika begitu anakku? Umur yang Penciptamu kurniakan untuk engkau perjuangkannya ke pengakhiran hidupmu. Cuba kau renungkan, akhirnya apa yang engkau dapat? Adakah hidupmu sudah kau lalui dengan begitu bermakna atau sebaliknya.

Ibu tidak mahu kau menyesal di kemudian hari anakku. Ibu tidak mahu kau menyesal setelah segala-galanya menjadi terlambat.

Oleh itu anakku, ayohlah! Bangunlah! Dan berubahlah!

Itulah harapan ayahmu. Dan ibumu. Dan dirimu sendiri jika betul-betul engkau sedari.


Wednesday 5 January 2011

Wahai Anakku

Ibu tahu kau seorang anak yang baik dan pandai. Ibu bahagia kamu sedemikian. Tapi anak, ibu risau jika kau terlalu banyak bermain-main. Bermain-main berlawanan sungguh dengan bersungguh-sungguh anakku. Sedangkan bersungguh-sungguhlah yang akan menjamin kejayaaanmu di dunia dan di akhirat. Oleh itu anakku ibu minta sangat-sangat, kurangkanlah bermain-main itu sebaliknya tumpukanlah usahamu ke arah perkara-perkara yang bakal membawamu ke tangga kejayaan.

Kejayaan itu anakku, amat penting buatmu baik untuk kehidupanmu di dunia ini mahupun kehidupanmu di akhirat sana. Kejayaan membawamu kepada kebahagiaan, berlawanan sekali dengan kegagalan. Kegagalan jika engkau menempuhnya amat perit sekali anakku. Ibu tidak mahu engkau gagal. Sekali-kali ibu tidak mahu. Engkau pun sudah tentu tidak mahu.

Oleh itu, berusahalah anakku. Bersungguh-sungguhlah dalam segenap perkara yang engkau lakukan. Agar manfaat datang kepadamu. Dan rahmat dan berkat Allah sentiasa melingkungimu.

Ibu senantiasa mendoakan kejayaanmu.