Tuesday 10 May 2011

Berbuat Baik Kepada Ibu Bapa

Maksud drp Al-Quranul Karim : Surah Al-Israa' :

Ayat 23 : Dan Tuhanmu tlh perintahkan, spy engkau tidak menyembah melainkan kpdNya semata2, dan hdklah engkau berbuat baik kpd ibu bapa. Jika salah seorg dr keduanya, atau kedua2nya sekali, sampai kpd umur tua dlm jagaan dan peliharaanmu, maka jgnlah engkau berkata kpd mrk (sebrg perkataan kasar) sekalipun perkataan "ha", dan jgnlah engkau menengking menyergah mrk, ttp katakanlah kpd mrk perkataan yg mulia (bersopan santun).

Ayat 24 : Dan hdklah engkau merendah diri kpd keduanya krn belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (utk mrk, dgn berkata) : 'Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat ke atas mrk berdua sebgmn mrk tlh mencurahkan kasih sayang mrk memelihara dan mendidikku semasa kecil."(622)

Ayat 25 : Tuhan kamu lbh mengetahui akan apa yg ada pd hati kamu; kalaulah kamu org2 yg bertujuan baikmematuhi perintahNya, maka sesungguhnya Ia adalah Maha Pengampun bg org2 yg bertaubat.(623)

(622) Allah Ta'ala perintahkan spy beribadat kpdNya semata2, dan dperintahkan spy msg2 berbuat baik kpd ibu bapa, taat kpd kedua2nya, menghormatinya, memeliharanya semasa tua dgn sebaik2nya, dan mendoakan semoga Allah memberi rahmat kpd mrk krn mrklah yg tlh bersusah payah memeliahara dan memdidik kita semasa kecil.

Kesimpulannya : Hak ibu bapa terhdp anak2nya amatlah besar, sebgmn yg dterangkan d dlm al-Q dan hadith2 Nabi saw. Bkn shj wajib dbalas dgn berbuat baik kpd mrk semasa mrk hidup, bahkan juga semasa mrk kembali ke rahmatullah, dgn berdoa dan meminta ampun bagi mrk, menunaikan amanat atau pesan mrk, dan menghbgkan silaturrahim serta berbuat baik kpd kaum kerabat dan sahabat handai mrk.

(623) Ya'ni kalau kamu org2 yg baik, yg mematuhi perintah Allah mengenai ibu bapa kamu, lalu kamu terlanjur melakukan sesuatu yg kasar terhdp ibu bapa kamu, kemudian kamu menyesal dan bertaubat, maka Allah Maha Pengampun bg org2 yg bertaubat.



Maksud drp Al-Quranul Karim : Surah Al-Ahqaaf :

Ayat 15 : Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kpd kedua ibu bapanya (1637), ibunya tlh mengandungnya dgn menanggung susah payah dan tlh melahirkannya dgn menanggung susah payah. Sdg tempoh mengandungnya beserta dgn tempoh menceraikan susunya ialah dlm masa tiga puluh bulan. Setlh ia besar sampai ke peringkat dewasa yg sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur 40 thn, berdoalah ia dgn berkata : "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku spy tetap bersyukur akan nikmatMu yg Engkau kurniakan kpdku dan kpd ibu bapaku, dan spy aku tetap mengerjakan amal soleh yg Engkau redhai; dan jadikanlah sifat2 kebaikan meresap masuk ke dlm jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kpdMu, dan sesungguhnya aku drp org2 Islam (yg tunduk patuh kpdMu)".

Ayat 16 : Mrk (yg bersifat dgn sifat2 yg terpuji spt itu) ialah org2 yg Kami terima dr mrk amal mrk yg baik yg mrk tlh kerjakan, dan Kami ampunkan kesalahan2 mrk ; (mrk akan dmasukkan) dlm kumpulan ahli syurga, sebgmn memenuhi janji yg benar, yg tlh djanjikan kpd mrk.

Ayat 17 : Dan (sebaliknya amatlah derhakanya; org yg berkata kpd kedua ibu bapanya ketika mrk mengajaknya beriman) :"Ah! Bosan perasaanku terhdp kamu berdua! Pttkah kamu menjanjikan kpdku bhw aku akan dbangkitkan keluar dr kubur, padahal berbagai umat sblmku tlh berlalu (tidak balik2 lagi)?" Sambil mendgr kata2nya itu - ibu bapanya merayu memohon pertolongan Allah (menyelamatkan anak mrk) serta berkata (kpd anaknya yg ingkar itu) : "Selamatkanlah dirimu! Berimanlah (ttg hidup semula menerima balasan amal)! Sesungguhnya janji Allah tetap benar". Lalu ia menjwb (dgn angkuhnya) : "Semuanya itu hanyalah cerita2 dongeng org2 dahulu kala!".

Ayat 18 : Mrk (yg ingkar derhaka spt itu) ialah org2 yg tetap menerima hukuman (azab) bersama2 dgn umat2 yg terdahulu drp mrk - dr kalangan jin dan manusia; krn sesungguhnya mrk tlh menyebabkan diri mrk menjadi org2 yg rugi.

Ayat 19 : Dan bg mrk msg2 (dr puak jin dan manusia - yg berbuat baik dan yg berbuat jahat) dsediakn berbagai peringkat (balasan) yg sesuai dgn apa yg tlh mrk kerjakan, dan (ketetapan yg demikian ialah) spy Allah menyempurnakan bg mrk balasan amal2 mrk, sdg mrk tidak drugikan (sedikitpun).

(1637) Mulai ayat ini (ayat 15) hingga ayat 19, dterangkan kewajipan anak berbuat baik kpd ibubapa serta taat menerima ajaran2 baik yg dberi oleh mrk spy mendpt balasan yg baik. Kalau tidak, buruk padahnya.

Hari Ibu Adalah Haram?

HARI IBU ADALAH "HARAM" ya Allah baru tahu...SEBARKAN..

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka.

Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayak...an pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan. Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia. Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika.

Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

Sumber : http://www.mothersdaycentral.com/about-mothersday/history/ See More
By: Rubiatul Adawiyah Nazri